Sunday 11 July 2010

Cinta Granada


Mariama dan Hassan, satu-satunya keluarga yang masih tinggal di rumah peninggalan Abu Jaafar. Mereka hanya ditemani Ali, cucu daripada anak lelakinya yang bergabung dengan pasukan pemberontak di pergunungan Granada. Dalam diam Hassan mengajar bahasa Arab pada Ali. Bahasa ibunda orang berketurunan Arab Granada, tapi sejak orang Castile berkuasa, bahasa itu dilarang daripada diamalkan. Demi mengurangkan bilangan warga berketurunan Arab yang bergabung dengan gerakan pemberontak, Granada dihapuskan daripada orang Arab. Dalam pelukan Ali, Mariama menghembuskan nafas terakhir. Ia meninggal dalam kumpulan warga keturunan Arab yang diusir dari kampung halaman sendiri. Pastikan anda terus membaca untuk mengetahui kisah selanjutnya. Dapatkah Ali bersama dengan wanita yang dicintainya, Wardah? Sejauh manakah persahabatan Ali dan Jose? Segalanya terjawab di dalam novel “Cinta Granada”,novel kedua daripada 3 novel dalam Tsulatsiyah Gharnathat (The Granada Trilogy). Novel yang pertama ialah “Rindu Andalusia” yang telah pun berada di pasaran

http://www.kedaibuku.com.my/

http://www.kedaibuku.com.my/

Tuesday 6 July 2010

Natrah @ Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha : Cinta, Rusuhan, Air Mata (Kulit Keras)




“Natrah adalah kisah cinta dua insan yang agung yang menyatu dengan kisah cinta bangsa Melayu kepada agamanya hingga mencetus rusuhan yang tragis di Singapura (1950)”

“Jika isu Malayan Union telah menyebabkan orang Melayu bersatu di bawah satu panji, maka episod Natrah pula menggambarkan perpaduan umat Islam di seluruh Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia. Natrah menjadi satu tragedi yang boleh dihayati dan dipelajari dan yang lebih penting membuktikan perpaduan seluruh umat Islam...”
Tun Daim Zainuddin
Mantan Menteri Kewangan
“Di tengah kehangatan kisah perbicaraan Natrah di Singapura, majalah Qalam menyiarkan gambar lukisan yang menunjukkan al–Qur’an terlepas dari tangan Natrah yang duduk bersimpuh. Maknanya sangat mendalam. Saya yang berusia lapan tahun pun faham ....”
Tan Sri Adam Kadir
Mantan Yang Di Pertua Dewan Negara
“Sesungguhnya penghasilan buku ini bukan sekadar biografi biasa. Menerusi watak Natrah penulis berjaya mengungkapkan pelbagai tema besar yang melingkungi kehidupan masyarakat ketika itu yang masih relevan sehingga kini... Garapan buku ini pula merentasi waktu yang panjang, dari sebelum Perang Dunia Kedua sehinggalah tahun 2009. Jangkauan kajian pula melibatkan kawasan geografi yang luas, dari Asia Tenggara ke Eropah hingga ke Amerika Syarikat ....”
Prof. Dato’ Ir. Zaini Ujang
Naib Canselor UTM

 

KANDUNGAN
Prakata
Kata Pengantar Tun Daim Zainuddin
Kata Pengantar Tan Sri Adam Kadir
Kata Pengantar Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang
Penghargaan
Penghargaan kepada Institusi

BAB 1 Lahir di Bandung
BAB 2 Dari Tanah Melayu ke Tanah Jajahan
BAB 3 Nikah di Singapura, Gempar di Belanda
BAB 4 Natrah Kahwin, Akhbar Gempar
BAB 5 Karim Ghani Ketuai Jawatankuasa Bela Natrah
BAB 6 Perbicaraan Tuntutan Hak Penjagaan Natrah
BAB 7 Keputusan Perbicaraan
BAB 8 Natrah di Gereja dan Provokasi Akhbar
BAB 9 Dato’ Onn Kecewakan Tunku
BAB 10 Rusuhan!
BAB 11 Dilarikan ke Belanda
BAB 12 UMNO dan Rusuhan
BAB 13 Insan Belanda Berhati Mulia
BAB 14 Mansor Adabi Bernikah
BAB 15 Terpenjara di Belanda
BAB 16 Kahwin untuk Keluar Rumah
BAB 17 Bertemu Vermeulen dan Akhbar
BAB 18 Luka Lama Berdarah Kembali
BAB 19 Bercerai dengan Wolkenfelt
BAB 20 Mencuba Nasib di Amerika
BAB 21 Kembali ke Kemaman
BAB 22 Berakhir Penderitaan
BAB 23 Bahagia Akhirnya






  • 2010

  • ISBN 978-983-52-0731-0

  • 474 muka surat

  • RM 99.00